MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

AKTIVITI PKMAF yg perlu anda tahu ..

Published by Sang karut under on Ahad, November 25, 2012


Artikal ini adalah sebagai suatu penjelasan aktiviti PKMAF yg sebenarnya utk membetulkan pandangan sebahagian kecil masyarakat terhadap kami .

Para pembaca yg budiman ..

Di sini saya mengambil kesempatan utk membetulkan fahaman sebahagian kecil para pembaca berkenaan kami PKMAF ini . PKMAF bukanlah satu badan semata - mata utk merawat manusia yg sakit dengan asbab jin tetapi ianya suatu pertubuhan kebajikan yg objektifnya membantu masyarakat dgn sedaya upaya dengan keupayaan kami yg baru bertatih ini .

Ilmu rawatan yg Allah kurniakan ini kami gunakan utk merawat pesakit atas asbab jin dan kisah kisah mereka kami tuliskan di sini  , oleh itu seolah- olah kelihatan yg PKMAF fokusnya ialah semata mata utk merawat para pesakit dgn asbab jin .Di bawah saya akan jelaskan secara ringkas apa yg sebenarnya PKMAF sedang usahakan ...


  • PKMAF adalah suatu pertubuhan membantu masyarakat dalam hal ehwal rawatan alternatif seperti  sakit sakit atas sebab jin .Anugerah ilmu perubatan drp Allah ini yg telah diwarisi oleh Tuan Kelarias drp ayahandanya digunakan utk membantu masyarakat pada awal awal pertubuhan PKMAF kemudian di ajar kepada sesiapa yg berminat utk mempelajari dan mempraktikkan sebagai pembantu Tuan Kelarias semasa beliau melaksanakan rawatan . Tuan Kelarias kini sudah tidak melaksanakan rawatan dan lebih berkecimpung dalam hal fardu kifayah  yg lain . berkenaan rawatan di PKMAF telah diambil alih oleh ahli PKMAF yg sudah diiktiraf oleh Tuan Kelarias sebagai gantinya dan kepada beberapa orang ahli PKMAF itulah segala urusan rawatan di pertanggungjawabkan  . Mungkin jika ada perkara perkara besar yg akan berlaku barangkali Tuan Kelarias akan turun membantu bersama sama ahli ahli PKMAFyg lain . Rawatan atas asbab jin telah di pertangungjawabkan ke atas Tuan YDP PKMAF 

  • .
  • PKMAF menggalakkan para ahlinya beribadah dengan amalan sunat seperti berkorban haiwan ternakan setiap hari raya korban tanpa paksaan .setiap tahun itulah aktiviti kami ...ada sahaja ahli ahli PKMAF kami yg sedia bekorban .Pada hari raya korban yg lepas kami telah berjaya menyembelih 13 ekor lembu yg mana semua daging - daging korban itu telah kami edarkan kepada penduduk penduduk di sekitar PKMAF..maklumlah bukan senang nak dapat daging bagi penduduk penduduk kampung di sekitar kami itu .daging - daging itu juga kami edarkan kepada PPRT dan mualaf supaya mereka ini merasa kasih sayang drp orang orang yg senang hidupnya dan kasih sayang drp orang yg telah lama memeluk Islam dan kekal mereka pada agamanya . Bukan itu saja ..kami juga bekerjasama dengan JAKIM iaitu menyumbang 3 ekor lembu kepada mereka utk dikorbankan di Makatul Mukarramah dgn niat utk memanjangkan kasih sayang muslim dengan muslim yg lain .Barangkali daging korban itu akan sampai di negara negara Islam yg  miskin di Afrika sana .Wallah a'lam . 
  •           .
  • Di pusat kami iaitu di PKMAF kami sedang merawat 4 orang pesakit yg kritikal .mereka itu adalah pesakit pesakit mental atau bahasa kasar dan mudah fahamnya ialah gila...kami mendirikan 2 pintu rumah kediaman yg sesuai utk mereka duduk di sana . Kami memberi suatu tempoh anggaran iaitu 3 tahun utk mereka pulih drp penyakitnya ...kini sudah setahun lebih mereka menerima rawatan dan ada kemajuannya khususnya bagi salah seorang pesakit mental itu telah menunjukkan kesan kesan yg positif menjadi seorang yg siuman , mudah mudahan dia bersama 3 orang lagi itu akan pulih sepenuhnya nanti  walaupun begitu kami menyerahkan perkara ini kepada Allah s.w.t dan kami tiada upaya untuk menyembuhkan mereka . Untuk jagaan khusus ini kami melatih seorang yg waras tetapi bermasalah .apakah masalahnya ? masalahnya ialah masalah ketagihan dadah .Kami mejadikan beliau sebagai warden ..tetapi diawasi oleh beberapa orang ahli kami . Pesakit dadah itu sudah lama sembuh dan PKMAF menugaskan kepada beliau supaya fikirannya sibuk dengan urusan yg diamanahkan dan melupakan terus keriduannya kepada dadah . Alhamdulillah pesakit pesakit mental terurus makan minum mereka dsb dan beliau secara sedar tidak sedar telah pulih drp dadah dan menjadi insan yg berguna . Jika diluar pesakit dadah ini akan menerima cercaan dan penghinaan  yg menyebabkan penagih dadah yg sudah sembuh akan kembali ke tabiat lamanya .        

  •                                                                                   ..
  • PKMAF berusaha menyediakan pekerjaan kepada manusia manusia yg telah dibuang pekerjaan mereka . Oleh kerana pusat kami ini berdekatan dengan sungai dan laut maka Pihak pengurusan teringgi telah bermesyuarat dan memutuskan utk membeli sebuah sampan dan pendayung serta engin dan jaring . Bekas pesakit  dadah bersama seorang lagi yg telah dibuang pekerjaan itu kami berikan kerja utk menangkap ikan dan ketam serta hasilan laut yg lain .Dengan dibantu dengan nelayan tempatan yg mahir .mereka berdua dalam proses belajar utk berdikari ..mudah mudahan usaha ini menghasilkan suatu pendapatan yg lumayan bagi mereka berdua . Ramai sahaja penduduk kampung yg hanya bersandarkan pendapatan mereka dengan hasilan laut . mengapa tidak mereka cuba bidang itu ?.     

  •                                                                                                                                            ..
  • Apabila tiba sahaja bulan puasa PKMAF akan membuat kueh kueh raya yg bermacam macam jenis dan dipasarkan disekitar sebelah sini sehingga Shah Alam dan Lembah Kelang .Cth -cth kueh raya yg telah berjaya dibuat dan dipasarkan dan telah mendapat sambutan yg menggalakkan ialah kueh Tat nenas , makmur , mazola  dan macam macam lagi ...pada kebiasaannya pada ketika ini berbetulan dengan cuti semester di universiti ...ada dikalangan mahasiswa yg datang dan berkerja di PKMAF utk membuat kueh .Kami ada oven utk membekar kueh yg bernilai lebih RM 2000.00 utk melaksanakan perkara itu . dan kami memberi peluang kepada semua ahli yg mahukan pendapatan sampingan dengan menjual kueh kueh raya di tempat tempat kerja mereka sambil menghayati bagaimana rasanya menjadi seorang bisnisman dan women .Bagi yg tiada pekerjaan inilah peluang mereka utk mendapatkan pendapatan .

  • Hasil drp sumbangan ahli pkmaf kami berhasil membeli sebuah boat lagi yg sederhana berserta enjin 90 kuasa kuda dan juga jaring utk melatih dan memberi pekerjaan kepada yg tiada pekerjaan dikalangan ahli pkmaf .Mereka itu turun ke laut utk menangkap ikan ,kadang kadang merawai kadang -kadang memancing ikan . mereka berusaha utk mencari lubuk lubuk ikan sehinggalah hasil tangkapan mereka itu boleh dipasarkan dan menjana keuntungan . Selain boat itu digunakan untuk menangkap ikan boat itu juga akan dijadikan sebagai pengangkutan bagi sesiapa yg diluar sana yg tegar memancing di pulau sembilan .Utk persediaan perkara itu PKMAF telah melatih beberapa ahli pkmaf supaya biasa dengan laut dan pandai memandu boat ulang alik ke pulau sembilan itu sebelum mengiklankan perkhidmatan itu kepada masyarakat dan kaki kaki pancing yg berminat.

  • Hasil daripada perkongsian modal dikalangan ahli PKMAF yg berkemampuan kami juga telah membeli boat yg lebih besar daripada boat yg tadi yg dinamakan boat pancung . Apabila pengubahsuaiannya telah siap nanti boat ini akan pergi ke tempat yg lebih jauh seperti Pulau Jarak .Bagi pengemar pengemar dan kaki kaki pancing sudah tentu tidak melepaskan peluang .Boat ini boleh memuatkan seramai 12 orang dgn selesa dan akan dilengkapi dengan engin 200 h/p berkembar dan separuh kabin dan ada kemudahan asas yg lain .Sesungguhnya semua usaha di atas adalah semata  - mata melepaskan fardu kifayah dan melatih orang Islam berdikari serta memberi peluang pekerjaan dan pendapatan .PKMAF bukan hanya perubatan semata mata . Boat pancung ini insyallah dlm masa 2 jam sahaja akan sampai ke Pulau Jarak jika ia bertolak dari Jeti Sg .Lang Sabak Bernam ,Selangor .

  • Dengan aset laut yg ada itu nanti kami juga akan menyediakan perkhidmatan snokling dan sekuba di Pulau Sembilan dengan dikendalikan oleh pakar sekuba PKMAF yg berlesen kami . Mungkin nanti ada dikalangan kaki kaki pancing yg mahukan aktiviti ini dan kami sedia menawarkan khidmatnya . Utk melancarkan pengurusan kami kini  dalam proses menubuhkan sebuah syarikat marin kami sendiri tidak lama lagi . Dengan itu tertubuhlah syarikat marin orang Islam dan lepaslah tangungan fardu kifayah muslim yg lain 

  • PKMAF juga di dalam usaha utk melaksanakan projek membuat unjam dan akan di pasakkan di persisiran pantai Selat Melaka di kawasan Sg.Lang utk memakmurkan laut disebelah sini ,memandangkan populasi ikan semakin berkurangan . Jika ia berjaya maka akan bertambahlah pendapatan para nelayan kecil orang islam kita dan kami amat bergembira membantu mereka berkenaan hal itu . 

  • PKMAF juga dalam proses utk menghasilkan baja e-m baja utk menyuburkan tanah ,baja yg akan memulihkan tanah yg sudah kehilangan kesuburannya .Dalam produk sulung kami , kami akan mengeluarkan 1 tan sebagai percubaan dan promosi dan akan diperkenalkan dan juga dipasarkan melalui agen e-m kami yg telah dilantik akan menguruskan hal ini . Pembuatan baja e-im ini diselia oleh ahli PKMAF yg berkelulusan PHD dalam hal kimia dan amat terlatih . 



BERSAMBUNG ..









Cerita Misteri Nelayan PKMAF .

Published by Sang karut under on Rabu, September 19, 2012
AMARAN : Artikal ini adalah arikal dongeng tiada berbukti nyata , kami tidak memaksa para pembaca mempercayainya  .-Sang Karut .



Tiang Rawai Bergerak Sendiri .

Sebagai pertubuhan kebajikan kami mula mengorak langkah menceburi bidang – bidang fardu kifayah …bermula dari tanggung jawab sosial fardu kifayah seperti menolong merawat manusia atas asbab jin , kami juga merawat manusia yg ketagihan dadah dan kami juga ada merawat manusia yg kurang siuman dan gila isim . Kami memperluaskan perkhidmatan kami dan tanggungjawab sosial kami  layaknya sebagai pertubuhan kebajikan dengan menceburi bidang perikanan .Tidak ramai orang Islam kita yg sanggup menjadikan kerjayanya sebagai melayan di kawasan kami ini .

Dengan bermodalkan boat yg bersaiz sederhana dan jaring serta rawai buatan sendiri dan beberapa batang pancing kami mencuba menyelami bagaimana rasanya menjadi seorang nelayan . Sesungguhnya air , ikan tidak boleh dipisahkan dengan alam kerohanian seperti kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir . Hampir setiap hari atau malam beberapa ahli kami secara rutin turun ke laut utk melabuh jaring ,kadang –kadang memancing ,kadang –kadang merawai . Setakat ini kami belum lagi mendapatkan hasil yg lumayan yg boleh dijual di pasar kepada orang ramai .

Mungkin belum sampai masanya …jika nanti berjumpa lubuk ikan mungkin seterusnya nanti bermulanya era nelayan PKMAF dapat menjual hasil tangkapannya kepada masyarakat dan dapat melepaskan fardu kifayah di kawasan kami ini yg sehingga kini menjual hasil tangkapan laut ini di bolot oleh non muslim .

Suatu malam Sang Mahayana , Abang Salam ( bukan nama sebenar ) , Sang Darwees  dan En. Jai ( bukan nama sebenar) seperti biasa rutinnya turun ke laut utk menangkap ikan . Pada ketika itu Ki Dalang Pacitan memberikan isyarat supaya merawai di kawasan rumah api di sebelah Perak , maka mereka pun ke sana utk tujuan merawai ikan , utk memudahkan rawai dilihat dan dikesan kemudian mudah diambil apabila cukup masa . Mereka mengikat tali pancing rawai dengan pelampung besar dan sebatang kayu serta lampu kelap kelip ( apa ye istilahnya saya tak tahulah pulak ) .Tiang  satu bagi pelampung besar pertama dipasang dengan lampu bewarna merah . Tiang kedua dipasang pelampung besar serta lampu berwarna oren yg  masing –masing diikat pemberat  seberat 8 kilo .

Rawai itu panjangnya lebih kurang 100 meter yg setiap satu meter ada 1 mata kail rawai , jadi semuanya ada 100 mata kail . Mereka menurunkan rawai itu serta memakirkan boat berdekatan tiang pertama yg berlampu merah. Waktu menunggu rawai itu mereka melakukan aktiviti memancing .Sang Mahayana secara suka rela memerhatikan tiang lampu yg kedua yg berwarna oren sambil memancing ..tumpuannya difokuskan ke situ tidak diubah - ubah penglihatannya sehingga beberapa jam ….tiba-tiba beliau mengalihkan pandangan kerana hendak membetulkan duduknya .apabila penglihatannya di arahkan ke tempat tiang yg ke 2 semula  ..beliau melihat lampu berwarna oren itu bergerak menjauhi boat mereka  lalu dipastikan supaya tidak tersalah anggap semula dengan melihat disekitar kawasan diturunkan rawai tadi wujudkan lagi lampu yg berwarna oren ..malangnya tidak ada !

Beliau  tidak nampak lampu berwarna oren selain lampu oren yg sedang bergerak itu …lalu berteriak lah Sang Mahayana …Abang Salam ! ..rawai kita itu sedang bergerak ! ..agaknya ada ikan yg besar sedang menghanyutkan rawai kita itu !  Abang Salam berkata dalam loghat Kedah …bukan  nooo hang salah lihat kort …Jawab Sang Mahayana : Saya dari tadi perhati tiang lampu warna oren tu..iyalah tu !…tengok dah jauh tu …mari kita kejar…lalu Abang Salam menghidupkan engine boat 90 kuasa kudanya,  lantas mengejar  lampu berwarna oren …kelihatan lampu  itu meluncur laju ke arah laut seolah - oleh menggoda nelayan pkmaf itu memburunya …hinggalah lampu berwarna oren itu masuk ke kawasan  laut ..oleh kerana secara logik akal  takkanlah boleh bergerak laju sangat , ikan tak kan mampu membawa tiang lampu secepat itu  ..arus air pun bertentangan alirannya ..maka mereka membuat keputusan yg lampu dilihat tadi adalah lampu boat nelayan menangkap ikan dan mereka memberhentikan usaha mengejar nya . 

Mereka  berpatah balik semula ke kawasan lampu tiang berwarna merah ..tiba-tiba mereka melihat yg tiang lampu berwarna oren itu sudah ada di sebelah tiang lampu berwarna merah ..terkejut mereka …bila kah gerangan tiang itu melintas di hadapan mereka tadi ketika mereka menunggu sambil memancing ..pasti mereka dapat melihatnya ..ishh timbul tanda tanya dan persoalan dari hati mereka . Belum pun tanda tanya dan persoalan itu terjawab tiba-tiba ..tiang lampu berwarna oren itu meluru laju ke arah mereka , mereka mampu memerhatikan sahaja …terlalu laju mungkin ikan yg bersaiz besar dan banyak telah menelan umpan    mata kail  rawai ….tiang itu tiba tiba berhenti betul - betul di tepi boat mereka tanpa banyak soal mereka pun menarik tiang lampu ke dalam boat …

Alhamdulillah 2 ekor ikan mayung bersaiz besar lebih kurang beratnya 1 kilo berjaya ditangkap …mereka terus menarik rawai itu sehinggalah sampai ke 50 meter ..tiba –tiba rawai itu pun putus …rawai yg putus itu lebih kurang panjangnya 50 meter dan terdapat  50 mata kail rawai ...mereka  tidak tahu  kenapa mata kail rawai itu boleh putus ?Mereka pun menarik baki rawai itu ke dalam boat dan hasil tangkapan pada malam itu agak luar biasa ..banyak dan besar besar ..mereka berpuashati tetapi timbul banyak persoalan yg masih belum terjawab. Bagaimana tiang berlampu diikat pemberat 8 kilogram itu boleh bergerak laju …

Adakah arus yg membawanya ? padahal aliran arus bertentangan …dan jika arus yg membawanya mengapa tiang lampu yg berwarna merah itu tidak pula bergerak sama ? Adakah 2 ekor ikan Manyung seberat 1 kilo setiap satu itu mampu membawa pemberat 8 kilogram ?.

Misteri Tali Pancing Disimpul Simpul .

Sang Mahayana dan Sang Darwees ketika bercerita kepada kami ketika sesi rawatan rutin mingguan bagi penyakit kronik yg kami hidapi ini mengulang - ulang pengalamannya sehingga saya meminta Sang Darwees  meneropong apa yg terjadi di sebalik dimensi yg ke 2 itu .. Secara ringkas beliau berkata …tiang lampu rawai warna oren itu bergerak laju disebabkan ada duyung yg menolong  membawanya ke arah kami …utk lebih misteri lagi Sang Darwees ada meminta Kesuma Dewi meneropong apa sebenarnya yg terjadi di sebalik demensi yg ke 2 itu …lebih kurangnya begini …sebenarnya memang ada makhluk yg mahu bermain –main dengan nelayan pkmaf itu rupa makhluknya bergigi tajam ,berkuku tajam dan selayaknya lah sebagai jin memang begitulah gambarannya …mereka itu memgintai –intai tidak tahu sebabnya kenapa …tiba-tiba …muncul dari langit lembaga berwarna putih lalu terjun ke sungai dan membawakan tiang lampu ke arah mereka  . Apabila Sang Mahayana bertanya kepada Ki Dalang Pacitan ..beliau berkata …di sana adalah penempatan mereka para jin air berkampung  .

Jadi hasil peneropongan seperti  ada percanggahan pandangan ,  adakah ada yg salah dan ada yg benar jawapanya ialah ke 2 - 2 nya  adalah benar dongeng …teropong pun banyak jenis …dan keupayaan nya pun berlainan …tidak jadi masalah perkara itu ...lain brand lain pula keupayaannya .walallah a’lam .

Sang Mahayana menambah kisah misteri ketika malam itu menangkap ikan sambil mengambil contoh mata kail rawai Sang Mahayana menyimpul - simpulkan mata kail itu dengan 3 simpulan . beliau berkata …umpan habis di makan …tali mata kail di simpul simpul sebanyak 3 simpulan . hanya manusia sahaja yg mampu melakukan perkara itu ..adakah arus sungai boleh menyimpulkan tali pancing ? jika manusia yg menyimpulkan ..adakah ada manusia yg mahu populariti murahan sanggup menyelam dan buat lawak di dasar sungai lalu menyimpulkan tali mata kali itu ? Memang tidak logik sehingga sekarang Sang Mahayana dibelenggu misteri  , tidak dapat jawapannya dan kami juga tidak ada jawapannya ..jika jin yg melakukan ..biarkan sahajalah apa yg penting para nelayan pkmaf kami pulang dengan selamat dan membawa tangkapan yg agak lumayan pada malam itu .

Sehingga kini peristiwa misteri itu tidak mematahkan semangat  Sang Mahayana dan rakan –rakan nelayan pkamf yg lain ke sungai atau ke laut utk mengakap ikan . sekian .

Pengajaran : Laut , hutan ,bukit - bukau  dan bangunan kosong adalah tempat jin tinggal , kita sebagai manusia patutlah menghormati tempat tinggal mereka dengan merendah diri dan tidak bercakap besar ketika berada di kawasan mereka . Mereka juga makhluk yg ada pegangan dan matlamat hidup seperti kita . Wallah a'lam sekian.


Berundur bukan bermaksud tewas dan kalah serta lemah ..

Published by Sang karut under on Ahad, September 16, 2012
Amaran : Artikal ini dongeng .Apa itu dongeng ? ia bermaksud tidak ada paksaan kepada para pembaca mempercayai ..nak percaya kami tak paksa ,tak nak percaya kami tidaklah menghalangnya . Artikal ini ditulis oleh Sang Setia Purnama .- Sang Karut .



Pandangan serta senyuman yang bermakna penuh harapan membuatkan saya tidak dapat menolak lagi. “ macamni tuan.. waktu saya bertafakur secara individu dirumah ibu saya, saya diperlihatkan kawasan yang bertompok hitam dihalaman rumah ibu saya.. cuba tuan tengok-tengokkan kalau ada apa-apa gangguan di kawasan yang saya maksudkan “ sambung Sang Batu tanpa disuruh-suruh. Tangannya menghulurkan smart phone Samsung Galaxy S3 yang mengandungi gambar rumah beserta halamannya. “ Di sini saya nampak kawasan hitam itu tuan..” tambah Sang Batu. Di luar masih kendengaran suara beberapa orang kanak-kanak yang berlari-lari tanpa memperdulikan hamba dan Sang Batu.

                Dengan izin dan petunjuk dari Sang Pencerah, hamba duduk berdiam diri menjalankan apa-apa yang diketahui dari sekelumit ilmu ilahi. Lantas mencari dan menerobos ke kawasan yang dimaksudkan. Hamba berputar-putar sekeliling halaman menghijau meninjau petunjuk mengenai kawasan sasaran. Kelihatan kelompok semacam awan tetapi bewarna hitam gelap di halaman sudut sebelah kiri rumah bonda Sang Batu. Pasti ini kawasan yang dimaksudkan oleh Sang Batu gerutu hati hamba mengomel sendirian. Masuk.. tak masuk.. masuk tak masuk…. Jiwa hamba sedikit risau, maklum manusia biasa yang tiada punya apa-apa. Kang aku masuk tak keluar apa macam? Angin kecut ku cuba menggagalkan misi ini.

                Namun hamba gagahkan juga dengan perkenan Sang Pencerah. Lubang gelap seperti tiada penghujung terlalu lama rasanya hamba melaluinya. Tiba-tiba hamba terlihat cahaya merah menyala yang kelihatan seperti mata manusia tetapi lebih sepet dan agak memanjang. Lama kelamaan semakin banyak, hamba terus berhenti daripada meneruskan ke dasar punya awan hitam yang dilihat dipermukaan halaman. “ Ifrit.. “ suara hati hamba berkata. Teringat kenangan hamba mendaki gunung Ledang bersama seorang rakan diganggu oleh Ifrit sewaktu berjalan menuruni gunung Ledang di malam hari. ( Akan hamba kongsi ceritanya pada sesi akan datang ) Keadaannya agak sama cuma yang berbeza kali ini lebih banyak.


                Hamba membatalkan hasrat untuk meneruskan ops ini kerana pada pandangan hamba makhluk yang hamba temui ini adalah Ifrit ini tidak mengganggu kawasan perumahan bonda Sang Batu. Hamba memaklumkan pada Sang Batu bahawa memang ada laluan makhluk-makhluk yang tidak kelihatan dihalaman rumah bondanya tetapi tidak menggganggu hanya sekadar laluan keluar masuk sahaja. Jika ada gangguan nanti baru kita selesaikan. 

Setakat hari ini biarkan lah sahaja. Ini kerana menjadi trademark dan piagam kita tidak mengganggu mereka selama mana kita tidak diganggu.. harap Sang Batu faham. Jelas hamba sebelum menutup sesi malam itu. Selesai bersalaman hamba sekeluarga bertolak dari HQ ke teratak hamba. Sekian

# Ki Dalang Pacitan ada berkata pada satu hari .." Allah suruh kita berlindung dengan Allah dari syaitan -syaitan yg direjam ...bukan utk menghancurkan sesuka hati ,jika boleh di selesaikan dengan cara rundingan maka hendaklah diselesaikan dengan cara itu ...ambillah cara yg selamat dan aman sebelum mengambil cara utk menghancurkan seperti berperang walaupun kita ada sepenuh kekuatan dan pertolongan apabila diperlukan . 




Cucuk Sanggul ....Itukah puncanya !?...perhitungan baru bermula ..

Published by Sang karut under on Selasa, September 11, 2012
AMARAN : Artikal ini adalah dongeng tiada berbukti dan tidak dipaksa utk mempercayainya ,sekiranya anda percaya itu adalah tanggungjawab anda sendiri .Artikal ini adalah hasil tulisan Kesuma Dewi . -Sang Karut .



Kisah Nenek Yang Dikasihi 

Saat semua sedang sibuk membuat persiapan kedatangan syawal saya juga begitu sibuk di kampung. Maklumlah kesibukan masa selalu membataskan perhubungan saya dengan keluarga. Namun ingatan dan doa tidak pernah berhenti utk mereka. Kasih kepada orang tua dalam keluarga sebenarnya sentiasa berbekas dihati dan tidak pernah akan pudar dan padam. Walau apapun tingkah laku mereka…

Saya menerima pesanan ringkas dari seorang yg bernama En Ayin ( bukan nama sebenar ) pada malam tersebut. Meminta pertolongan melihat keadaan neneknya yang katanya sudah lama menderita sakit keuzuran orang tua. Badannya sudah tinggal tulang namun nyawanya masih panjang. Bukan mendoakan diri neneknya agar cepat pergi tapi memohon agar diringakan penderitaan neneknya yang seperti mayat bernyawa. Pasti luruh hati seorang cucu melihat keadaan orang yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati menderita seperti itu. Maka dengan rendah diri dia memohon pertolongan kepada saya.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya bantu kerana saya bukanlah seorang perawat. Setitis ilmu merawat pun saya tak ada. Saya cuba melihat keadaan neneknya di dalam pandangan saya apakah sebenarnya yang berlaku. Saya mengambil wuduk dan memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan urusan saya salbil membaca beberapa teknik sebagai pembukaan jalan pertolongan Tuhan.

Saya dibawa ke sebuah rumah di sebuah perkampungan. Saya melihat seorang wanita tua yang sangat uzur terbujur dan terbaring kaku di pembaringan. Namun matanya terbeliak memandang ke atas. Apabila saya dekatinya, dia tersenyum dan tersengih dengan pandangan yang seram. Rambutnya putih beruban mengerbang dan menampakkan giginya yang runcing dan tajam. Matanya hitam dia bangun dan duduk memandang saya. Usianya anggaran seperti 80an..kulitnya sudah kedut seribu. Tangan dan tubuhnya sudah tidak berdaging seumpama kulitnya sahaja membaluti tulang temulangnya.

Ada makhluk hitam yang besar berbulu seluruh badannya disisinya. Dia sentiasa memegang tali dan tongkat dikanan dan kirinya. Sesekali pandangan sinisnya memandang saya dan tersengih sengih mungkin menunjukkan kekuasaannya. Tiada dialog antara kami dan saya hanya mendimkan diri. Badannya penuh dengan duri-duri dan ajrum-jarum emas. Saya masih tertanya ilmu apakah ini sebenarnya yang terpenjara dalam tubuh nenek tua itu. Jika dilihat rohaniahnya sebenarnya sedang menderita kesakitan. Dikurung dan diikat kaki dan tangannya seperti seorang tawanan dan hamba abdi kepada jin dan syaitan ini. Saya mengundurkan diri dan pulang kembali ke alam nyata.

Saya menghubungi kembali sahabat saya itu dan memintanya solat tasbih dan dihadiahkan untuk neneknya dan minta dia duduk bermeditasi berhampiran neneknya. Cubalah berzikir dan membaca tasbih dengan ditujukan kepada neneknya. Selain ditaburkan beras kunyit disekelilingnya dan dimandikan dengan limau. Saya sendiri sebenarnya tidak pasti adakah itu akan membantu neneknya nanti.Pada malam yang dijanjikan sekali lagi saya juga duduk bermeditasi untuk ditujukan pada neneknya. Saya kembali lagi ke rumah tersebut. Kali ini nenek tua itu tidak ada yang ada makhluk hitam besar dan berbulu yang berada disampingnya. Berlakulah sedikit perbualan antara kami. 

Saya : Assalammualaikum

Makhluk Hitam : hmm..hmmmmm 
Dia tidak menjawab soalan saya hanya berdehem dan mengelengkan kepalanya. Menandakan dia tidak mampu menjawab salam itu dan menunjukkan dia bukan beragama islam.Saya pun menyambung perbualan saya

Saya: selamat malam

Makhluk hitam : Selamat Malam 
Kedengaran suaranya agak kasar menjawab. Dalam kegelapan suasana itu saya sebenarnya tidak dapat melihat matanya kerana semuanya berwarna hitam dan besar.

Saya: Sudah lamakah kamu disini sebenarnya

Makhluk Hitam : Sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Dia adalah aku dan aku ada lah dia.
Saya tersenyum mendengar kata-katanya.

Saya :Masakan mungkin kamu adalah dia dan dia adalah kamu. Kamu sudah memperdayakan dirinya dan menahan rohaniahnya sebagai hamba abdi kamu selama ini. Dan kamu masih menyeksakan jasadnya ini..

Makhluk Hitam : Inilah perjanjian kami dan harganya.Makhluk tersebut tersenyum dan menyeringai.

Saya: Baiklah begini saya datang ingin memohon agar kamu bekerjasama. Sudikah kiranya kamu melepaskan dia dan saya berikan kamu pampasan dan gantiruginya.

Makhluk Hitam : Apa yang boleh kamu berikan.Kelihatan seakan-akan dia memberikan kerjasama dan berminat dengan tawaran yang cuba saya berikan. Ketika itu saya tidak terfikir tentang nenek tua yang saya nampak sebelum ini.

Setelah dia bersetuju saya pun meminta dia pulang ke tempat asalnya dan kelihatan seperti dia sudah pulang ke tempatnya. Maka bagi saya perkara ini sudah berakhir. Keesokkan harinya saya menelefon semula En .Ayin ini dan bertanya keadaan neneknya. Katanya neneknya seperti meracau-racau dan memanggil namanya meminta dan merayu pertolongan. Pada hemat saya masalah ini mungkin lebih panjang lagi kisahnya.

Entah bagaimana saya tertidur tengahari itu. Mungkin keletihan melayan anak saya bermain selain memikirkan apakah jalan dan caranya. Saya meminta En.Ayin itu untuk terus bersolat hajat, tasbih dan taubat untuk neneknya selain meminta membacakan yasssin setiap malam. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana lagi untuk membantunya kerana cubaan kali pertama malam semalam gagal. 

Ttiba-tiba saya rasakan saya seperti di dalam sebuah bilik yang besar dan mengandungi perabot lama seperti dalam kisah cerita lama-lama. Saya melihat ada seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 20 an sedang berdandan di hadapan cermin. Rambutnya disanggul rapi dan bibirnya dioles dengan perwarna bibir berwarna merah. Almari soleknya berwarna hitam dan terdapat beberapa laci. Saya ternampak sanggulnya berwarna kuning keemasan mungkin tembaga yang disalut dan dia memakai kebaya. Dia melihat wajahnya dicermin dan tersenyum puas melihat keindahan wajahnya. Tapi sebenarnya terdapat makhluk hitam yang saya jumpa sebentar tapi seperti membelai-belai wajahnya. Kadang makhluk itu menjilat seluruh tubuhnya membuatkan saya terasa sedikit jijik. Jika manusia tahulah dengan siapakah mereka lakukan perjanjian dan sejijik manakah perbuatan itu pasti mereka tidak akan terjebak dengan perbuatan seperti ini.

Tiba-tiba saya tersedar bila anak kecil saya merengek meminta susu. Ketika itu saya teringat salah seorang perawat dalam pertubuhan kami yang mungkin dapat membantu masalah seperti ini berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang pengubatan alternatif ini. Saya cuba menghubungi Sang Setia Purnama dan mengajukan permasalahan ini. Setelah kami berbual dan berbincang Sang Setia Purnama juga cuba mencari di dalam pandangannya apakah sebenarnya masalahnya. Mengapa kaedah pertama itu gagal sedangkan makhluk itu telah berjanji untuk pulang.

“Kesuma Dewi, saya melihat masih ada barang yang menjadi perantara dalam perjanjian tersebut. “ Kata Sang Setia Purnama.“Barang? Apakah barang tersebut?” Saya pun termangu-mangu apakah sebenarnya yang menjadi perantaranya.

“Rasanya seperti cucuk sanggul. Cubalah Kesuma Dewi melihat sendiri dalam pandangan kamu adakah seperti apa yang saya nampak ketika ini?”

Saya teringat gambaran yang saya nampak sebelum ini tentang seorang wanita muda yang bercucuk sanggul dan almari solek berwarna hitam. Saya bertanya pada Sang Setia Purnama adakah benar seperti yang saya mimpikan itu. Saya pun menceritakan ciri-cirinya. Sang Setia Purnama juga mengiyakannya. Saya pun menghubungi En. Ayin  tersebut memintannya mencari barang yang dimaksudkan itu. Ahli itu mengiyakan dirumah lama neneknya memang terdapat meja solek lama berwarna hitam. Keesokkanya En Ayin itu menghubungi saya dan mengatakan dia sudah jumpa cucuk sanggul yang dimaksudkan itu. Cucuk Sanggul itu akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur ......maka perhitungan baru bermula....

Bersambung .....


Sang Setia Purnama - Wafak dan Makhluk Berambut Panjang Di Bucu Katil...

Published by Sang karut under on Rabu, September 05, 2012

Amaran : Artikal ini adalah artikal dongeng tidak ada dalil nyata yg menyokongnya .Kami tidak memaksa tuan-tuan dan puan -puan mempercayainya , Apa -apa keputusan sidang pembaca semuanya adalah tanggungjawab tuan -tuan dan puan -puan sendiri .Artikal ini ditulis oleh Sang Setia Purnama ,saya  hanya mengcopy dan paste sahaja  .-Sang karut.


Tangkal  Lama Di Perbaharui Khasiatnya 

Di suasana hari raya ini saya  tidak melepaskan peluang utk ziarah - menzirahi saudara-mara, sahabat handai serta rakan taulan. Dalam keseronokan berhari raya kerja-kerja kebajikan tetap tersemat dan menjadi keutamaan di dalam hati saya ( Sang Setia Purnama ). Ketika menghadiri rumah terbuka hari raya PKMAF 2012, saya  di datangi seorang sahabat yg saya gelarkan dia sebagai Sang Batu  untuk memohon tunjuk ajar dan bimbingan pada masalah yang dihadapi.

“ Kalau begitu kita akan cuba berusaha selepas matahari terbenam nanti, kita tunggu tetamu pulang dahulu “ pesan saya  sedikit berbisik kepada Sang Batu. “ Baiklah” balas Sang Batu ringkas, wajahnya yang sedikit keras dan serius menampakkan berat beban masalah yang dihadapi. Jam sudah menunjukkan jam 8:15 mlm, solat jamaah Maghrib yang di imamkan oleh Sang Jabarut baru sahaja selesai. Kebanyakkan tetamu sudah beransur pulang menjelang Maghrib tadi. Saya dan Sang Batu mencari tempat yang agak tersorok sedikit agar tidak mengganggu para ikhwan yang lain dengan aktiviti masing-masing. Kelihatan Sir Jack Adeel  asyik melayan Puteri Raisya yang berwajah ala-ala arab berhampiran tempat duduk saya. 

“ Sebenarnya saya ada beberapa masalah “ Sang Batu memulakan cerita sambil tangannya meleraikan helaian kertas yang bertulisan serta berabjad jawi bercampur tulisan ayat-ayat al-Quran. Kertas itu ditunjukkan kepada hamba. “ wafak ni.. “ terlintas dibenak fikiran saya. Dengan kehendak Allah tiba-tiba kelihatan cahaya yang suram ( mcm lampu mentol 5kv yang berwarna kuning ), memantul ke setiap arah  dalam keadaan tidak menentu. “ Ini wafak pemeliharaan diri, harta dan sebagainya, tapi aura yang keluar daripadanya tak teratur. Ibarat muzik yang sumbang bunyinya.. menyakitkan mata dan sesak nafas hamba.. Iksh… tak boleh pakai ni Sang Batu “ jelas hamba kepada Sang Batu. “ Kalau tak boleh pakai Tuan batalkan lah, atau pun boleh buang saje.. saya tak kisah kalau di buang, benda ini saya dapat dari rumah peninggalan ibu saya, yang saya sendiri tak tau asal usulnya “ terang Sang Batu panjang lebar. Terus hamba menilik ke dalam diri menunggu jawapan dan petunjuk daripada Sang Pencerah dalam pandangan batin hamba.

“ Kalau kita jadikan boleh dipakai.. macamana?” soal hamba kepada Sang Batu. Kelihatan wajah Sang Batu yang serius sedikit tersenyum. “ boleh lah.. tapi Tuan.. saya nak serahkan wafak ini kepada kakak saya, mudah-mudahan ada manfaatnya “ jawap Sang Batu. saya dangan petunjuk Sang Pencerah menilik wafak tersebut, sambil tangan saya melipat kertas wafak mengikut arahan Sang Pencerah, sehinggalah cukup lipatan sebesar separuh daripada saiz kad pengenalan Malaysia, jari-jari hamba automatik berhenti. “ Haa.. lepas balik ni nanti balut kertas lipatan ni dengan tiga helai kain berwarna, merah, putih dan hitam. Ikut urutan.. “ jelas saya kepada Sang Batu.

Sebelum menyerahkan wafak yang sudah di susun atur semula pengisiannya, hamba dengan petunjuk Allah cuba melihat bagaimana pula wafak yang sudah dibaik pulih ini bertindak. Dalam beberapa saat saya melihat cahaya yang cemerlang keluar daripada semua arah lipatan wafak tersebut, bukan itu sahaja bahkan kelihatan juga tulisan muhammad dalam tulisan arab ( khat kufi ) berwarna hijau bergerak dan hilang dipenghujung cahaya dan keluar lagi bersilih ganti di dalam cahaya tersebut. “ Mudah-mudahan wafak ini boleh digunakan asal jangan niat yang bukan-bukan, termasuk beri’tikad  bukan wafak ini yang berkuasa.. tetapi Allah s.w.t lah yang maha kuasa atas setiap sesuatu.. “ Pesan saya kepada Sang Batu.

“ Baiklah.. “ jawab Sang Batu ringkas. “ Masalah yang ke duanya saya sebenarnya terasa ada sesuatu yang tak elok di hujung katil ibu saya.. saya macam merasakan kehadiran makhluk yang tak dapat saya ucapkan.. tuan boleh tolong tengok-tengok kan? “ tanya Sang Batu beralih ke masalah seterusnya ...

Makhluk Berambut Panjang di Bucu Katil


                “ Yang ini saya tak pasti mampu ke atau tidak Sang Batu, melainkan ada izin dari Sang Pencerah.. mudah-mudahan, “ jawab hamba sedikit gusar. Bukan apa.. hamba ini ibarat budak tadika yang baru belajar, maklum la orang baru berjinak-jinak alam yang tak nampak.Saya membetuli duduk saya betul-betul mengadap ke arah Sang Batu. Dengan kafiyat tertentu dalam amalan patik ( pinjam kata-kata Pak Belalang ) dengan izin tuhan diperlihatkan saya seekor makhluk berambur panjang warna hitam mengerbang, menyentuh katil ibu Sang Batu dan kelihatan putih ke dua-dua belah matanya tersorok balik rambut yang mengerbang.

                “ Hey! Makhluk.. adakah engkau diutus ke mari “ Saya  memulakan bicara. “ adeh.. silap langkah la, patutnya bagi salam “ bisik hati kecil saya. “ Hantam saja la labu.. dah terlajak “ saya cuba memujuk perasaan serba salah. Makhluk itu merenung tajam ke arah hamba. “ Saya mohon engkau tinggalkan kawasan yang kau duduki sekarang, agar tidak menyusahkan sesiapa dan tiada timbul persengketaan antara kita. Jika kau di utus ke mari, khabarkan kepada saya siapa yang menghantar mu? Tapi.. jika kau tersesat mencari jalan pulang.. saya akan bantu. Hanya berikan persetujuan untuk meninggalkan kawasan itu, selebihnya saya akan bantu.. dengan izin Nya “ terang saya sejelas-jelasnya macam ustaz bersyarah dalam tv.

                Tiba-tiba makhluk berambut panjang berjela-jela itu kelihatan bergerak dari hujung katil bucu sebelah kiri katil ibu Sang Batu. Hamba memohon kepada Allah agar di utus mana-mana hamba Allah yang boleh menunjukkan jalan keluar kepada makhluk tersebut. Dari jauh kelihatan pintu yang berbentuk cahaya dari bayangan pintu hadapan rumah ibu Sang Batu. Makhluk yang kelihatan seolah-olah cerita Repunzle bergerak perlahan-lahan ke arah cahaya tersebut.

                Dari pengamatan saya bila melangkah sahaja makhluk tersebut setapak, kelihatan berguguran serangga merayap halus semacam semut atau macam kutu yang mengikuti setiap langkah makhluk hodoh tersebut. Saya menunggu sehingga makhluk tersebut hilang di dalam cahaya pintu bersama serangga halus yang berteraburan mengikuti langkahnya .Setelah selesai sempat saya bertanya kepada Sang Batu, ada ke adik beradik atau ibu Sang Batu yang sedang sakit gatal-gatal? “ hah! Iya ada.. anak buah saya yang duduk sekali di rumah ibu saya mengidap gatal-gatal kulit” jelas Sang Batu sedikit terperanjat. “ Ye lah.. mudah-mudahan semuanya kembali kepada sedia kala dan dipelihara daripada gangguan seterusnya” jawab saya ringkas. “ Sebenarnya saya ada nak mintak tolong lagi ni, “ bisik Sang Batu sambil tersenyum memandang saya..

Bersambung.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...